Petisyen dimulakan oleh:
Kami, rakyat yang prihatin dan cintakan kelestarian alam sekitar, ingin menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan tegas Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani isu kebun durian haram, terutamanya di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) dan hutan simpan di sekitar Raub dan daerah-daerah lain.
Kami berdiri teguh bersama pihak kerajaan dalam mempertahankan hak negeri, undang-undang, dan kelestarian alam sekitar demi kepentingan jangka panjang seluruh rakyat negeri Pahang.
Kami juga menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menegaskan bahawa:
“Mana-mana peneroka yang menceroboh tanah kerajaan dan hutan simpan kekal tanpa kelulusan adalah melakukan kesalahan. Undang-undang mesti ditegakkan tanpa pilih kasih. Tiada sesiapa pun yang berada di atas undang-undang.”
Oleh itu, kami menyokong bahawa:
Dengan ini, kami menzahirkan sokongan dan kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri Pahang serta institusi Raja dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, maruah negeri dan kelestarian alam.
Terma Penggunaan dan Dasar Privasi
© 2025 Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang. Semua hak terpelihara.